Khamis, 5 Disember 2013

Jubah Dan Serban



Memang tak dinafikan lagi jubah & serban banyak dipakai oleh ulama2, budak2 pondok, dan orang2 kebanyakan. Selain dipakai ketika solat, ianya juga sesuai dikenakan pada bila2 masa je dan di mana saja kita berada. Malah ianya merupakan pakaian sunnah Baginda Rasulullah SAW.

Dari Ummu Salamah meriwayatkan,
“Pakaian yang paling disukai Rasulullah SAW ialah gamis (jubah)”
(Tirmizi, Abu Daud)

Dari Sayyidina Huraith RA meriwayatkan,
beliau telah melihat RasulullahSAW berdiri di atas mimbar sedang pada ketika itu baginda memakai serban hitam. Kedua-dua ekor serban berjuntai di antara bidang bahunya (belakang).
(Muslim, Ibn Abi Syaibah, Ibn Majah, Abu Daud)

Dari Sayyidina Amr bin Umaiyah ad-Damri RA meriwayatkan,
“Aku lihat Nabi SAW membuat  masah (sapuan) ke atas sarung kakinya dan serban”
(Al-Bukhari)

Hadis-hadis di atas menunjukkan bahwa Rasulullah SAW memakai gamis (jubah) dan serban sebagai pakaian.

Ada dua halnya bagi orang yang memakai. Satu, pakai kerana niat ikhlas mengikut sunnah Nabi & ingin beribadah. Dua, pakai sekadar berfesyen. Hal ini berbalik pada niat masing2 dan tujuan sebenar hanyalah semata2 mencari keredhaan Allah.





Kenapa dikatakan satu mujahadah

Bagi sesetengah orang, memang sangat mujahadah untuk mengenakan pakaian sunnah ini dalam kehidupan seharian. Sapa2 yang pernah mengenakannya pasti akan dapat merasakan bagaimana keadaannya, baik dari hati mahupun pandangan orang sekeliling. Ustaz aku pernah cakap “nak hidupkan sunnah ni bukan mudah,  pakai serban jubah dah satu mujahadah, kalau takde kekuatan iman memang susah…” termasuklah wanita yang mengenakan hijab & purdah.

( First time aku pakai serban, bila jalan depan orang ramai rasa macam... *krik2 )


Melakukan sunnah berpakaian seperti ini dalam kehidupan seharian memang susah bagi yang baru berjinak2 atau dalam erti kata lain “baru2 lagi”. Hati yang tak kuat akan terkesan dengan suasana persekitaran. Contohnya bila member kita mengenakan pakaian sunnah ni, kita baru ada kekuatan untuk pakai sekali. Tapi bila takde member yang pakai, kita pun berat nak pakai walaupun dalam hati masih ada niat nak pakai.

Sekarang ni ramai yang mempertikai tentang pakaian sunnah ini. Salah satunya ada yang mengatakan jubah & serban ni pakaian tradisi orang Arab. Memang betul! Tapi kita kena ingat, pakaian rupa ni lah yang Nabi kita pakai. Bukan nak dinisbahkan jubah & serban hanyalah sebagai pakaian tradisi bangsa Arab sahaja. Tapi dalam hal ini kita berpegang bahwa jubah & serban adalah pakaian Nabi Muhammad SAW. Nabi sekalian umat akhir zaman ni. Menjadi satu sunnah untuk kita ikuti.

Ada juga yang mengatakan bahwa pakaian yang sunnah cukup sekadar menutup aurat dengan sempurna. Memang betul, aku pun setuju dengan pandangan tu. Tidak salah untuk berpegang pada pendapat tu.
Tapi, mari kita renungkan pandangan ini pula…
“kita mengenakan jubah dan serban ini adalah sebagai satu lambang mengikuti sunnah Baginda Rasulullah SAW. Adalah bagi menzahirkan kecintaan kita kepada Baginda Rasulullah SAW. Apabila kita mengenakan jubah dan serban ini, kita sekaligus menghayati dan merasakan bahwa sesungguhnya aku ini sedang memakai pakaian sepertimana Rasulullah pakai…”.

Ramai juga orang berfikiran bahwa pakaian sunnah ini dikhususkan hanya untuk golongan ulama2, budak2 mengaji agama atau orang yang dah bergelar Haji/Lebai sahaja. Ini adalah satu tanggapan yang salah. Kenapa salah? Sebab tak ada satu dalil pun yang meletakkan syarat untuk umat Nabi Muhammad SAW daripada mengikut sunnah Baginda SAW ini. Malahkita dituntut supaya mengamalkan sunnah Baginda Nabi SAW.

Jom selawat :D Allahumma solli 'alaa sayyidina muhammad, Wa'ala aali sayyidina muhamad .


Tiada ulasan:

Catat Ulasan